Dari blog kulanzsalleh.com Pagi tadi sempat menghadiri mesyuarat rutin pejabat. Dalam mesyuarat berkenaan, salah satu perkara yang turut disampaikan adalah berkenaan permohonan bantuan rakyat miskin 2011 melalui Portal Pembasmian Kemiskinan eKasih. Mengikut apa yang disampaikan, portal ini sudah wujud agak lama sebenarnya. Tapi masih ramai yang kurang mengetahui kewujudannya sebagai portal untuk menyalurkan maklumat kemiskinan. Dan sejujurnya sayapun baru mengetahui adanya portal khusus ekasih walaupun istilah ekasih sudah selalu saya dengar.
Dec 24, 2009 - PENILAIAN SEMULA PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN NELAYAN TRADISIONAL DI SABAH: KAJIAN KES DI DAERAH KOTA BELUD. Pembasmian Kemiskinan • DEB (1970-1990) • Dasar Pembangunan Nasional (19912000) • Dasar Wawasan Negara • Yayasan basmi Kemiskinan • NKRA • Program 1 Azam. Dasar Ekonomi Baru Tujuan Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum. Menyusun semula kaum supaya pengenalan fungsi ekonomi mengikut kaum dan kawasan dapat dihapuskan..
Apa yang membuatkan saya terfikir cukup penting untuk saya kongsikan maklumat tentang Portal eKasih di blog ini, melalui makluman yang disampaikan, bermula pada tahun hadapan (2011) semua bantuan persekolahan, antaranya Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP), Skim Bantuan Tuisyen (SBT), eKasih dan beberapa bantuan lain akan disalur berdasarkan data yang dikutip daripada maklumat eKasih. Dengan kata lain, sekiranya ibu bapa yang layak dan ingin memohon bantuan yang dimaksudkan, mereka hendaklah mendaftar sendiri maklumat peribadi secara online di portal yang disediakan. Siapa yang layak mendaftar? Semua Ketua Isi Rumah (KIR) yang berpendapatan kurang daripada RM1,500 (Bandar) atau RM1,000 (Luar Bandar) sebulan adalah layak dan digalakkan untuk mendaftar. Sekiranya tiada anak yang masih bersekolah adakah perlu untuk memohon? Sebab bantuan dalam bentuk lain, contohnya pemberian rumah melalui Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) juga adalah berdasarkan kepada data/maklumat eKasih. Begitulah seperti yang difahamkan.
Pendaftaran untuk tujuan berkenaan cukup mudah, hanya perlu klik pada menu Pendaftaran Ringkas, kemudian isikan maklumat yang dikehendaki. Pendaftaran cukup mudah dan hanya memerlukan masa yang singkat. Pemohon hanya perlu mengisi beberapa butiran ringkas.
Ruangan yang bertanda asterisk (.) adalah maklumat yang wajib diisikan. Pemakluman Mengenai Kemiskinan Selain daripada itu, Portal eKasih juga menyediakan kemudahan untuk kita memaklumkan sebarang maklumat yang berkaitan dengan kemiskinan untuk semakan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri. Kemudahan itu boleh diakses melalui menu pilihan Pemakluman Kemiskinan. Hanya sedikit maklumat yang perlu diisi oleh pelapor, seperti Nama; Alamat; Negeri; Daerah dan Komen. Bagaimanapun diharap pelapor dapat memberikan maklumat yang tepat supaya tindakan dapat diambil dengan kadar segera.
Untuk mendaftar atau menghantar maklumat kemiskinan yang dimaksudkan, sila layari, Portal eKasih di: atau akses terus halaman pendaftaran (borang) di: (Semakan 27 Julai 2011 – Portal ekasih beroperasi semula). Jadi saya mohon kepada rakan-rakan atau pembaca supaya dapat sama-sama kongsi info penting ini kepada orang lain, terutamnya mereka yang dimaksudkan secara langsung.
Mungkin mereka tidak dapat menikmati kemudahan internet. Jadi kita boleh jalankan peranan sebagai warganegara perihatin dengan membantu mereka untuk mendaftar atau setidak-tidaknya memberitahu makluman penting ini. Semoga mereka yang benar-benar berhak dapat bantuan yang sewajarnya. Jika ada pertanyaan berhubung perkara ini, anda boleh hubungi saya melalui.
Saya akan cuba bantu setakat yang saya tahu.
Program Pembasmian Kemiskinan MADA Program pembasmian kemiskinan bukanlah satu agenda baru kepada MADA kerana semenjak penubuhan MADA lagi program ini dilaksanakan selaras dengan matlamat utama penubuhan MADA iaitu untuk Memajukan Kesejahteraan Hidup Sebilangan Besar Penduduk Desa. Program-program sebegini juga merupakan satu bentuk program sosial untuk membantu masyarakat di dalam kawasan Muda selain daripada tumpuan utama MADA iaitu aspek penanaman padi. Penentuan status golongan sasar samada Miskin Tegar atau Miskin adalah berdasarkan kepada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) seperti berikut.
Kategori PGK (RM) Pendapatan Perkapita Isi Rumah (RM) Miskin Tegar 460 110 Miskin 760 190 Kini, program-program sebegini kian diberi penekanan oleh pihak kerajaan di bawah pimpinan Y.A.B. Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib b. Tun Abdul Razak selari dengan dasar 1 Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP), Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi Meningkatkan Taraf Hidup Rakyat Berpendapatan Rendah telah diumumkan sebagai salah satu bidang tumpuan. Di bawah teras ini, setiap golongan sasar yang layak diberi bantuan akan menerima faedah yang sewajarnya bagi memastikan matlamat meningkatkan taraf hidup rakyat ini dapat dicapai.
Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) merupakan peneraju kepada NKRA ini. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) turut menjadikan agenda nasional ini sebagai salah satu program pelaksanaan di bawah Petunjuk Prestasi Utama YB Menteri bermula pada tahun 2009 sehinggalah kini dan dijangkakan program ini akan diteruskan pelaksanaannya sehingga tahun 2015.
Sebagai agensi di bawah MOA, MADA telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program pemberian bantuan kepada golongan sasar Miskin Tegar dan Miskin yang tersenarai di dalam sistem e-Kasih melalui Program Peningkatan Pendapatan Golongan Sasar (PPGS) pada tahun 2009 sehingga 2010 dan juga Program AZAM Tani bermula pada tahun 2011 sehingga kini. Pelbagai kategori projek yang bersifat quick win telah dilaksanakan oleh para peserta di bawah program ini seperti pertanian, perniagaan, jahitan, pemprosesan makanan dan sebagainya. Pencapaian MADA di bawah Peningkatan Pendapatan Golongan Sasar (PPGS).
MADA 2009 2,000 150 189 (126%) 2010 3,000 300 359 (120%) Pelaksanaan Program Dalam Tempoh Semasa (Program AZAM Tani) Program ini mula dilaksanakan oleh MADA pada tahun 2011 dan diteruskan sehingga tahun 2013 di mana program ini merupakan salah satu komponen projek di bawah KPI Pengurus Besar MADA. Program AZAM Tani merujuk kepada program pemberian bantuan kepada golongan sasar untuk melaksanakan projek-projek yang berasaskan kepada bidang pertanian seperti perkhidmatan pertanian, perniagaan kecil, pemprosesan makanan, nelayan, ternakan, tanaman dan sebagainya.
Program AZAM Tani merupakan salah satu daripada komponen Program 1AZAM (Akhiri Zaman Miskin) yang diterajui oleh KPWKM dengan kolaborasi bersama beberapa kementerian dan agensi seperti Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (AZAM Tani), Kementerian Sumber Manusia (AZAM Kerja) dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AZAM Niaga dan AZAM Khidmat) Pencapaian MADA di bawah Pelaksanaan AZAM Tani Ringkasan sasaran dan pencapaian program KPI Menteri oleh MADA daripada tahun 2009 sehingga 2011 adalah seperti berikut.